Skip to main content

Pengalaman di UKM

Hi. Alhamdulillah walaupun tiada rezeki untuk ke Jerman, sekurang-kurangnya dapat jugak aku lanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aku masuk bukan melalui UPU tetapi melalui PKP (Pusat Kembangan Pendidikan). Apa yang aku tahu mengenai PKP, ia adalah sebuat pusat yang membuka ruang untuk masyarakat luar mahupun dalam negara sambung pengajian di UKM. Ada jugak pengajian sepenuh masa, ada jugak pengajian separuh masa. Pengajian Berterusan Jarak Jauh pun ada. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Okay. Selesai mengenai PKP. Sekarang nak kongsi pengalaman aku sebagai pelajar tahun 1 UKM 16/17. Aku masuk sebulan lewat kerana kesilapan PKP terlepas pandang borang permohonan aku. Terima kasih kepada kawan aku, dia pergi kaunter dan bagitahu pasal tu.

Benda pertama dekat kepala aku masa aku mula-mula daftar, " Tak ada ke yang tolong guide aku buat pendaftaran?" Pihak PKP pun sekadar bawa aku ke pejabat Dekan dan selebihnya Dekan khabarkan untuk tunggu sehingga proses pendaftaran aku diselesaikan. Aku dah lupa macam mana flow pendaftaran segala benda tu yang pastinya bagi aku sistem tu serabut. Bila pergi BPA, katanya lain. Bila pergi Dekan, katanya lain. Maklumat x sampai ke kepada setiap bahagian?

Tu satu hal. Aku simpulkan yang pengurusan UKM sangat lambat. PKP terutama bahagian kewangan sentiasa beralasan bila aku tanyakan tentang bayaran tertunggak. Aku dah bayar lebih tapi belum diselesaikannya dan ditambah lagi bayaran lain yang katanya bukan termasuk dalam yuran. Bila aku call bahagian bendahari, mereka kata itu urusan kewangan PKP.

Sebulan dua sebelum habis sem 2, hampir setiap minggu aku ke kaunter kewangan PKP. Belum kira call, mesej dan email daripada aku dan kawan-kawan. Jawapan xpernah memuaskan. Aku fikir sama-sama Melayu je menyebabkan aku berhemat lagi bila bercakap. Bila diajukan soalan bertubi-tubi, akhirnya soalan tu dibiarkan x dilayan.

Aku tiada masalah dengan lecturer dan PnP di UKM. Bagi aku cukup bagus dah majoriti lecturer UKM kecuali tahap kedaifan peralatannya. Bagi aku itu bukan masalah sebab lecturer sentiasa akan sampaikan update terbaru mengenai teknologi2 yang sentiasa berkembang biak. Sekurang-kurangnya peralatan yang daif tu mengajar kita untuk bersabar dan bersyukur. Biar kurang asal ada dan kau boleh hadam apa yang diajarkan.

Kawan-kawan alhamdulillah jenis gila-gila tapi kaki study. Kurang pengaruh negatif rakan sebaya. Bukan aku kata takde kawan negatif tapi pandai kau pilih kawan, okay je hidup kat UKM. Fasiliti UKM pun bagi aku berada di tahap memuaskan. Tak lebih, tak kurang. Boleh kata lengkap lah jugak.

Itu jelah setakat ni mengenai UKM. Apa-apa sebaiknya buat research awal-awal supaya kau tak ada rasa menyesal pilih sesuatu tempat tu. Adios.

Comments

  1. awak, yuran dia mahal tak? kalau masuk melalui pkp ni sama jekan macam student upu ukm ? still ipta lah ya? saya berminat sebenarnya, harap awak dpt membantu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKP UKM actually provides program PJJ (Pengajian Jarak Jauh) and International's. Yuran dia mahal lagi daripada students UPU. Kita masih di bawah IPTA (which is UKM) tapi struktur yuran and few things a bit different daripada students UPU.

      Delete
  2. awak, yuran dia mahal tak? kalau masuk melalui pkp ni sama jekan macam student upu ukm ? still ipta lah ya? saya berminat sebenarnya, harap awak dpt membantu ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UTP EDUCAMP 2013

Assalamualaikum. :)
Wah~ Setelah sekian lama tak buka blog ni,,sampai lupa username dan password sendiri ( Haha~ Teruk2..),, akhirnya ada juga point nak dikongsi bersama semua.
Semalam, 15/4/2013, saya dan dua orang lagi rakan saya menghadiri temuduga kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas di Bandar Sri Iskandar,Perak. Pukul 3 lebih hari Ahad dah bertolak right after saya selesai menghadiri majlis graduasi di sekolah. Sampai di Perak dalam pukul 8 malam. Haha. lama kan. Tak lah. Kereta uh buat hal. Ok,back to the topic. Esoknya, means on 15th of April,saya daftar pada jam7.30 pagi dan terus ambil tempat duduk dalam dewan canselor UTP. Besar kot. Gayat sekejap naik tangga dia. Talk started and penerangan tentang temuduga diberikan sekali. Oh,lupa nak cakap yang kami dibahagikan kepada 5 grup iaitu, A, B, C,D, dan E. Saya dapat grup D. Tengok grup pon dah tahu temuduga saya akan mula lambat. Memang lambat pon tapi tak la lambat sangat. Pukul 1 dah kena daftar untuk temuduga.
Ok. Mas…

Lifestyle after SPM. ;)

:D Assalamualaikum and hye everyone. ^^v After a long time, only now I have a little bit time to spend on my "dusty" blog.. LOL. :D Dusty~ Fuhh...
Lepas SPM, semua bawa haluan masing-masing. Ada yang sambung matriks, A-level, diploma, tingkatan 6 dan banyak lagi lah. Ada juga yang dah terbang jauh ke negara orang. Aku??? Belajar dalam negeri je dulu.. Sambung diploma kat German-Malaysian Institute. Sekarang tengah cuti sem. Tu yang banyak masa lapang ni. Setakat ni, GMI bagi aku sesuai lah kot untuk orang yang tak berapa rajin nak menghadap buku dan hafal segala macam teori. :D GMI lebih kepada praktikal. Apa lagi eak nak cakap pasal GMI?
Bidang? GMI kot. Mestilah engineering. Aku student IE, PIC11.. ^^v Engineering. Bidang yang dipelopori oleh kaum Adam. Of course lah kaum Hawa minoriti kat sana. Alhamdulillah, dengan background aku, tak ada lah culture shock sangat sebab dah biasa dengan lelaki. Cuma nak cakap yang aku ni tak ada lah terkejut sangat bila lelaki tiba-tiba dekat or kena buli deng…